Bagi membendung impak ekonomi masyarakat pasca pandemik Covid-19, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah merangka pembayaran yuran pengajian untuk pengambilan kemasukan pelajar baru bagi Sesi September 2020, seperti di bawah:
A. Pembayaran Penuh Yuran Pengajian
Diskaun 30% ditawarkan kepada pelajar yang membuat pembayaran penuh yuran pengajian sepanjang tempoh pendaftaran semester pertama.
B. Pembayaran Yuran Semester
Pelajar boleh membuat pembayaran yuran pengajian pada semester tersebut untuk proses pendaftaran dan layak mendapat potongan diskaun berdasarkan tarikh pembayaran seperti berikut:
C. Pembayaran Separa untuk Semester Pertama
Pelajar boleh membayar sebahagian daripada yuran pengajian semester pertama berjumlah ‘Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1,000)’ untuk proses pendaftaran semester pertama tanpa sebarang potongan diskaun, dengan syarat menyelesaikan yuran pengajian semester sebelum peperiksaan akhir semester bermula.
Klik di pautan untuk ‘Permohonan secara Dalam Talian’: http://online.mediu.edu.my/applicantportal/OnlineApplicationForm/OnlineApplication
Klik di pautan untuk ‘Permohonan secara Mod Konvensional’: http://online.mediu.edu.my/applicantportal/OncampusApplicationForm/OncampusApplication
Untuk sebarang pertanyaan mengenai proses permohonan, boleh menghubungi pihak MEDIU melalui: https://api.whatsapp.com/send?phone=0060182666170
Untuk maklumat lanjut mengenai program akademik yang ditawarkan: https://www.mediu.edu.my/academics/
Semoga Berjaya!