Februari 5, 2020

Promosi Pemasaran-Pengumuman Keputusan STAM 2019

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengunjungi beberapa sekolah-sekolah menengah agama (SMA) yang terletak di Negeri Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan sempena pengumuman keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada hari Rabu, 22 Januari 2020. Antara sekolah yang terpilih adalah Sekolah Menengah Arab Al-Asyraf Alor Gajah, Melaka, Kuliyyah Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, SAMT Tengku Ampuan Rahimah Banting, Maahad Integrasi Tahfiiz Sains (MITS) Sabak Bernam, SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Bt. 38 Sabak Bernam,SAM Muhamadiah Sabak Bernam, SAMT Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, SAMT Sultan Hisamuddin Kg. Jawa, SAMT Jeram, Maahad Ahmadi Gemencheh dan Maahad Yaakubiah Nipah Bachok, Kelantan.

Program ini bertujuan bagi mendedahkan peluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pelajar-pelajar sekolah aliran agama, di mana ini adalah komitmen murni MEDIU dalam usaha meningkatkan kesedaran kepada pelajar di peringkat sekolah menengah dan lepasan STAM tentang kepentingan dan keperluan belajar di menara gading. Program promosi ini adalah dibawah pengendalian Jabatan Pemasaran yang diketuai oleh Prof. Dr. Syed Omar Bin Syed Agil dengan kerjasama para pensyarah, Bahagian Hal Ehwal Akedemik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Bahagian Pengurusan Kampus MEDIU. Sambutan yang diterima oleh para pelajar menggalakkan dan majoriti daripada permohonan yang diterima telah memberi maklum balas positif untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program akademik dari Fakulti Sains Islam dan Fakulti Bahasa.