Julai 1, 2020

Kunjungan ke Pejabat Menteri Pengajian Tinggi

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad; Menteri Pengajian Tinggi pada hari Selasa, 23 Jun 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman diiringi Pendaftar MEDIU, Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff.

KE MEDIU menyatakan kegembiraannya mengunjungi Kementerian Pengajian Tinggi dimana objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi taklimat latar belakang MEDIU serta mengenal pasti pengukuhan pembangunan bagi memastikan kualiti proses pendidikan yang berterusan.