Prime Minister's Department
Julai 2, 2020

Kunjungan ke Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman telah mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB. Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Muhamad Al-Bakri pada hari Selasa, 30 Jun 2020.

Kunjungan itu membincangkan cara untuk mengukuhkan kerjasama yang berpotensi bersama agensi-agensi agama di bawah JPM ke arah pembangunan insan universiti.