Ogos 5, 2020

Kunjungan ke Kedutaan Kerajaan Hashemite Jordan

Al-Madinah International University (MEDIU) mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Duta, Kedutaan Kerajaan Hashemite Jordan di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 29 Julai 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Encik Ahmad Fallatah, Ketua Perhubungan Antarabangsa.

Delegasi MEDIU disambut oleh H.E.Thamer Abdalla Mohammad Adwan, Duta Besar Kerajaan Hashemite Jordan di pejabatnya dan para delegasi MEDIU menyatakan penghargaan mereka atas lawatan itu untuk memperkukuhkan hubungan diantara pihak kedutaan Jordan dan universiti.