Ogos 27, 2020

Kunjungan ke Yayasan Waqaf Malaysia

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia di Putrajaya pada hari Isnin, 24 Ogos 2020. Delegasi MEDIU telah diketuai oleh Pengerusi Exco MEDIU, Prof. Dr Ashraf Md Hashim turut disertai Datuk Dr Sheikh Ghazali Sheikh Abod, Ahli Exco MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman, Ketua Eksekutif MEDIU dan Encik Fuad Ahmad Umar Al-As, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan MEDIU.

Kunjungan ini bertujuan untuk hubungan dua hala serta perbincangan berhubung kerjasama yang bakal diwujukan diantara MEDIU dan Yayasan Waqaf Malaysia.