Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima lawatan dari Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) pada hari Selasa, 22 September 2020 dalam rangka lawatan bagi membincangkan pembangunan pendidikan dan kerjasama dua hala diantara MEDIU dan IKDAR. Wakil-wakil universiti juga membincangkan kemungkinan bidang kerjasama dalam hal-hal pembangunan akademik yang lain.
Perwakilan IKDAR diketuai oleh Rektor, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin turut disertai Ahli Lembaga Pengarah, Dr. Zamri bin Abdul Hamid dan Dr. Anas bin Tajuddin dan diiringi oleh En. Mohammad Rahimee bin Ibrahim, En. Zoolhilmi bin Musa, Pn. Siti Norlina bte Hj Samad dan Cik Roseniza Ezziani bt Abdul Rahman.
Para perwakilan disambut oleh wakil MEDIU antaranya Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan KE Bahagian Hal Ehwal Akademik; Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi, Penasihat Undang-Undang; En. Zainul Azhan Ahmad Bashir, Ketua Jabatan Teknologi; Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff, Pendaftar dan En. Ahmad Sabri bin Jinlapudin, Ketua Jabatan Kewangan.