Oktober 19, 2020

Memorandum Persefahaman MEDIU-ARID Scientific Platform

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan organisasi tempatan. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Platform Ilmiah Penyelidik Bahasa Arab (ARID) (https://arid.my/) pada hari Khamis, 15 Oktober 2020. ARID merupakan sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan percuma untuk menyokong penyelidik berbahasa Arab di dalam sesuatu penyelidikan saintifik mengikut piawaian yang paling tinggi di peringkat antarabangsa.

Sesi ini diadakan secara dalam talian antara Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Dr. Saif Yousif, Ketua Pegawai Eksekutif Platform Ilmiah ARID dan Dr. Bilal Barakat, wakil ARID serta disaksikan oleh Penasihat Undang-Undang MEDIU, Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi; Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik), Asst. Dr. Tayeb Mebrouki dan Dekan Fakulti Bahasa, Prof. Madya Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed.

Kerjasama ini bertujuan untuk mempermudah akses ARID dan memperkenalkan ahli akademik dan penyelidik MEDIU di platform, untuk memperkukuhkan kerjasama untuk mengadakan persidangan dan seminar melalui platform serta pertukaran pengalaman akademik, teknikal dan pentadbiran. Antara kerjasama yang dibincangkan adalah mengenai persiapan Persidangan Antarabangsa Kajian Linguistik Ke-4 (ICLS2020) yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa MEDIU pada 16-17 Disember 2020.