MEDIU baru-baru ini mengadakan Hari Pengiktirafan Kakitangan semasa Sesi Perjumpaan Kakitangan pada hari Rabu, 23 Disember 2020 sebagai ungkapan penghargaan pihak universiti di atas dedikasi dan kerja keras kakitangan universiti bagi tahun 2020.
Program tersebut dipengerusikan oleh Encik Mhd Anas Alkatmeh dan disaksikan oleh Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti iaitu Ketua Eksekutif(KE); Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman, Pemangku Timbalan KE Hal Ehwal Akademik; Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan KE Hal Ehwal Pelajar; Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Encik Ahmad Sabri bin Jinlapudin; Ketua Pegawai Jabatan Kewangan, Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir; Ketua Pegawai Jabatan Teknologi Maklumat, Pendaftar; Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff, Encik Fuad Ahmad bin Umar Al’As; Pegawai Khas kepada KE dan Penasihat Undang-Undang; Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi, barisan Dekan-dekan Fakulti Pengajian, Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Ketua-ketua Jabatan.
Program tersebut berjalan dengan lancar sesuai dengan SOP sedia ada dengan keadaan pandemik semasa yang telah dinasihatkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.