Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada hari Selasa, 29 Disember 2020.
Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr Fadlan Mohd Othman dan delegasi pihak pengurusan universiti iaitu Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki, Encik Fuad Ahmad bin Umar Al’As dan Dato Ahmad Tajuddin Idris.
Pada sesi perbincangan, Ketua Eksekutif MEDIU telah mengetengahkan sejarah dan pencapaian universiti sebagai institusi pengajian perintis yang memulakan e-pembelajaran (dalam talian) khususnya dalam bidang Sains Islam serta membincangkan kerjasama dalam pembelajaran sepanjang hayat antara MEDIU dan Negeri Melaka .
Prof. Madya Dr. Fadlan mengucapkan ungkapan rasa syukur dan penghargaan kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di atas sambutan yang diberikan kepada pihak delegasi MEDIU dan amat berbesar hati sekiranya diberi peluang untuk bekerjasama di dalam bidang pendidikan dengan pihak kerajaan Negeri Melaka.