Delegasi MEDIU yang diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman; Encik Fuad Ahmad bin Umar Al’As; Pegawai Khas kepada Ketua Eksekutif dan Penasihat Undang-Undang; Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi telah mengunjungi Yayasan Bushra (http://yayasanbushra.com/) pada hari Khamis, 17 Disember 2020 dan disambut oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Bushra, Tuan Adi Negara Kamarudin.
Lawatan ini bertujuan untuk hubungan dua hala serta perbincangan mengenai kerjasama yang akan dijalin antara MEDIU dan Yayasan Bushra dalam bidang dakwah dan pendidikan.