MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan organisasi tempatan. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bersama Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan (PPMDR) pada hari Selasa, 9 Februari 2021 bagi mengukuhkan kerjasama dalam jaringan bidang akademik.
Sesi ini diadakan secara dalam talian di antara Ketua Eksekutif (KE) MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin, Ketua Pegawai Eksekutif PPMDR. Majlis memorandum ini disaksikan oleh pihak pengurusan MEDIU antaranya Penasihat Undang-Undang MEDIU, Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi; Pegawai Khas kepada Ketua Eksekutif, Encik Fuad Ahmad bin Umar Al’As; Pemangku Timbalan KE(Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki; Pemangku Timbalan KE(Hal Ehwal Pelajar); Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou dan Pendaftar MEDIU; Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff.