MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan organisasi antarabangsa. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Perjanjian bersama Al Marwazi University, Somalia pada hari Jumaat, 30 April 2021.
Sesi ini diadakan secara dalam talian disaksikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman, Penasihat Undang-Undang MEDIU, Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi; Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki dan Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou.