Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diketuai oleh Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT) baru-baru ini menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sistem Pengkomputeran Pintar dan Perusahaan Elektronik Kali Ke-2 (ICSCEE2021) melalui persidangan secara maya (https://icscee2021.mediu.edu.my/) pada 15-16 Jun 2021 dengan tema “Ubiquitous, Adaptive, and Sustainable Computing Solutions for New Normal”.
Antara objektif utama ICSCEE 2021 adalah bertujuan untuk menyediakan platform bagi para penyelidik untuk bertukar-tukar idea dan maklumat mengenai kajian semasa, cabaran, hasil penyelidikan, perkembangan sistem dan pengalaman praktikal dalam aspek teori dan praktikal dalam penyelidikan Sistem Pengkomputeran Pintar dan Perusahaan Elektronik serta untuk menyebarkan makalah penyelidikan yang berkualiti di dalam kedua-dua bidang bagi memenuhi keperluan masyarakat.
Persidangan maya melalui aplikasi ‘Zoom’ telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd. Othman dan disaksikan oleh Pengerusi Persidangan; Prof. Dr. Zainab Abu Bakar FASc, Dekan FCIT; Prof. Dr. Najeeb Abbas Al-Sammarraie, barisan pensyarah fakulti, ahli jawatankuasa persidangan dan para peserta.
Persidangan maya yang berlangusung selama dua hari ini menjadi medan penyelidik meneroka dan berkongsi idea dan pendapat dengan 6 orang pembahas utama serta sejumlah 43 makalah telah dibentangkan. Antara pembahas utamanya ialah Prof. Dr. Athman Bouguettaya (University of Sydney, Australia) “From IoT Data to Services”, Associate Prof. Dr. Shadi Saleh Basurra (School of Computing and Digital Technology Birmingham City University, UK) “Computational Methods for Optimization of Retrofitting Systems”, Dr. Omprakash Kaiwartya Senior Lecturer (School of Science & Technology Staff Group(s) Computing and Technology) “E-Mobility centric Internet of Connected Vehicles”, Prof. Dato’ Dr Mohd Hafiz Yusoff (School of Computing & Informatics, Albukhary International University) “AI Geospatial and It’s Future”, Prof. Dr. Shahrul Azman Mohd Noah (Universiti Kebangsaan Malaysia) “Ameliorating Data Sparsity in Collaborative Recommender Systems” dan Prof. Dr. Albert Zijlstra (University of Manchester, UK) “Data in Astronomy”.