Oktober 25, 2021

Memorandum Persefahaman MEDIU-Scholar Worldwide (SCHWLAR)

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, dengan organisasi antarabangsa. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Scholar Worldwide (SCHWLAR) pada hari Jumaat, 15 Oktober 2021.

Sesi ini diadakan secara dalam talian disaksikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik), Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki dan Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou. Sementara itu Scholar Worldwide (SCHWLAR) diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Encik Murad H. Al-Abdullah. Perjanjian tersebut adalah untuk berkolaborasi dalam program pengajaran dan latihan serta pertukaran maklumat dan bahan latihan antara kedua-dua pihak.

SCHWLAR (http://schwlar.com/) merupakan badan penganjur akademik terkemuka di Timur Tengah yang menganjurkan persidangan dalam bidang penyelidikan ilmiah dalam pelbagai bidang. Schwlar berusaha menjalin hubungan akademik dengan universiti antarabangsa dan pusat penyelidikan di seluruh dunia melalui penganjuran persidangan ilmiah.