Oktober 27, 2021

Keratan Akhbar-MEDIU hubungkan Pendidikan Tinggi Malaysia, Arab Saudi (Utusan Malaysia, 27/10/2021)

MEDIU hubungkan Pendidikan Tinggi Malaysia, Arab Saudi (Kampus,Utusan Malaysia 27/10/2021)

Pautan: https://www.utusan.com.my/premium/2021/10/mediu-hubungkan-pendidikan-tinggi-malaysia-arab-saudi/

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diwujudkan 13 tahun yang lalu hasil kerjasama Kerhttps://www.utusan.com.my/premium/2021/10/mediu-hubungkan-pendidikan-tinggi-malaysia-arab-saudi/ajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun Abdullah Badawi dan Kerajaan Arab Saudi berjaya melahirkan ribuan siswazah dalam pelbagai bidang termasuk Bahasa Arab, Pengajian Islam, Kewangan, Kejuruteraan dan lain-lain.

Ia sering dianggap sebagai universiti luar  yang membuka cawangannya di Malaysia sedangkan ia adalah universiti tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pada hakikatnya institusi pengajian tinggi ini  adalah universiti awam Malaysia.

Ia mendapat khidmat para ulama dari Universiti Al-Azhar, Mesir untuk menyediakan silibus dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Malahan penglibatan Sheikh Prof. Dr. Saad Nasser A. Al-Shathri sebagai Presiden Lembaga MEDIU dan Penasihat kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud membuktikan komitmen Arab Saudi dan Malaysia mengangkat MEDIU sebagai pusat Pendidikan bertaraf dunia.

Menurut Ketua Eksekutif (CEO) MEDIU, Prof.Madya Dr.Fadlan Mohd.Othman, MEDIU yang pada asalnya bertapak di Plaza Masalam, Shah Alam lebih 10 tahun dan kini di Desa Petaling bukan sekadar universiti.

Katanya, ia adalah wdah menyemarakkan  hubungan diplomatik yang semakin mengukuh antara Malaysia, Arab Saudi, Kuwait malahan dari negara Asia Tenggara, lain-lain negara Arab dan benua Afrika.

“Para pelajar di sini bukan sahaja daripada penduduk tempatan malah dari seantero dunia. Ini kerana mereka melihat negara kita sebagai sebuah negara hebat dengan prasarana dan antara negara Islam yang pesat membangun.” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Desa Petaling baru-baru ini.

Fadlan berkata, pusat pengajian tinggi antarabangsa itu patut terus dipertahan oleh semua pihak bagi memastikan hubungan diplomatik dan akademik negara ini dengan Arab Saudi khususnya terus ditingkatkan dari masa ke semasa.

Mengenai kesan pandemik Covid-19, sebagaimana institusi pendidikan lain pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara fizikal terpaksa ditangguhkan dahulu hingga kes Covid-19 menurun ke paras memuaskan.

Fadlan berkata, sejak ditubuhkan, institusi ini amat menitikberatkan P&P sehinggalah Covid-19 merencatkan pelbagai aktiviti termasuk sosial dan ekonomi sejk kira-kira dua tahun lalu.

“Kita mempunyai ribuan pelajar peringkat global dan tempatan serta sebagai pusat pendidikan bertaraf separuh universiti maya separuh fizikal.

“Kita mewujudkan sistem pembelajaran patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) satu dekad sebelum wabak maut Covid-19 menjadi pandemik di segenap ceruk dunia,”katanya.

Bukan berniat mendabik dada, institusi pegajian itu turut mempunyai prasarana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bertaraf dunia yang mampu melaksana pendidikan ijazah sepenuhnya secara maya.

Jelasnya, bermula daripada peringkat pemilihan kursus, pertanyaan, pendaftaran pelajar, pembayaran yuran, P&P hingga graduasi boleh sahaja dilakukan sepenuhnya secara maya.

“Oleh sebab itu, kami menjadi pilihan pelajar yang tinggal di negara yang terletak puluhan ribu kilometer dari negara ini. Kami ibarat institusi pendidikan yang mesra ekonomi kerana kos yang berpatutan,”katanya.

Lebih mengagumkan, kemudahan perpustakaan dan silibus ditawarkan untuk semua jurusan secara atas talian boleh diakses oleh pelajar dari seluruh dunia.

Mengulas lanjut katanya, pelajar luar tidak perlu datang ke negara ini dan terpaksa mengubah budaya hidup  seperti pergaulan, permakanan dan perlu menghadapi cuaca yang berbeza dengan tanah tumpah darah mereka.

“Mereka boleh menuntut ilmu secara kendiri tanpa perlu berada di sini. Kita beri kemudahan menuntut ilmu semudah yang mungkin bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan dalam kehidupan mereka.” katanya.