Disember 29, 2021

Simposium: Pengajaran Bahasa Arab dan Sainsnya untuk Pelajar Malaysia, Realiti dan Harapan

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini telah mengadakan Simposium: “Pengajaran Bahasa Arab dan Sainsnya untuk Pelajar Malaysia, Realiti dan Harapan” yang telah dianjurkan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Kelab Bahasa Arab pada hari Rabu, 15 Disember 2021 yang diadakan sempena sambutan Hari Bahasa Arab Antarabangsa.

Ketua Eksekutif MEDIU; Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman memberi ucapan perasmian tentang kepentingan mempelajari dan menguasai bahasa Arab; keterikatannya yang kuat kepada perihal ibadat, bahasa universal yang diterima pakai dan diiktiraf oleh organisasi antarabangsa kerana penyebarannya yang meluas dalam kalangan masyarakat di peringkat antarabangsa.

Diikuti dengan Prof. Madya Dr. Omar bin Mohammed Din; Dekan Hal Ehwal Pelajar di mana beliau menjelaskan kepentingan mengadakan seminar dialog ilmiah sebegini bagi menangani fenomena dan cabaran yang dihadapi oleh ahli fakulti di pihak universiti, institusi dan pusat saintifik amnya dan merujuk kepada tema utama simposium tersebut diadakan.

Sesi simposium telah dikendalikan oleh Pen. Prof. Dr. Yazeed Al-Sayed Ali Al-Moayed dan Pen. Prof. Dr. Mohamed Ibrahim Bakhet dan para penceramah jemputan menyampaikan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang pengajaran bahasa Arab dan sainsnya, halangan dan cabaran, penyelesaian teori dan praktikal yang membolehkan tenaga pengajar melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran pelajar mereka dengan lebih cekap dan berkesan.

Para penceramah jemputan simposium terdiri daripada:

  1. Dr. Asem Shehadeh Ali dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Madya Dr Omar bin Mohammed Din dari Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)
  3. Madya Dr Abdul Ghani bin Mohammad Din dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
  4. Prof. Dr Ahmad bin Abdul Rahman dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  5. Prof. Dr. Fareed Awae dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Ustaz Azim bin Ahmad dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)