Dr Abdullah Saad A. Alarefi, Ketua Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah, telah menerima kunjungan hormat dari OIC Indonesia di kampus universiti itu di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Encik Syafii Efendi pada hari Selasa 29 November 2022. Semasa lawatan itu, delegasi melahirkan rasa penghargaan apabila dapat mengunjungi kampus MEDIU, dan mereka bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh universiti untuk menyebarkan bahasa Arab dan mengajar Ummah belia di Asia Tenggara melalui kursus bahasa Arab di MEDIU, selain mereka optimis untuk bekerjasama dengan universiti ini dalam bidang pengajaran Bahasa Arab dan Sains Islam.
Dr Abdullah Alarefi juga mengalu-alukan kedatangan delegasi tersebut, dan mengesahkan bahawa MEDIU sentiasa menyasarkan untuk menjalin hubungan dengan rakan organisasi lain dan bekerjasama dalam memgembangkan pengajaran Bahasa Arab dan Sains Islam di semua negara. Pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa semua idea bernas yang dibentangkan dalam lawatan ini adalah dialu-alukan dan digalakkan, dan mengucapkan kata-kata kejayaan kepada organisasi.