Pada 14 Mac 2023 (Selasa), Dr. Abdullah Saad Alarefi, Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima kunjungan delegasi Universiti Pengurusan dan Teknologi Kemboja yang terdiri daripada Dr. Muhammad Farid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah dan Profesor Nazi Sales, Rektor Universiti, di kampus utama MEDIU yang terletak di Kuala Lumpur. Tujuan kunjungan ini ialah untuk melihat dan mengetahui dengan lebih jelas berkaitan pengurusan pendidikan Al-Madinah International University (MEDIU) dan memperoleh manfaat daripada kepakaran universiti dalam pelbagai bidang.
Pada akhir pertemuan Dr. Muhammad Farid dan Profesor Nazi Sales mengucapkan terima kasih kepada Dr. Abdullah Saad Alarefi serta melahirkan rasa gembira atas pencapaian universiti dan menyatakan hasrat mereka untuk memanfaatkan pengalaman dalam bidang pendidikan.