Ketua Eksekutif Al Madinah International University (MEDIU) Dr. Abdullah Saad A. Alarefi telah mengadakan kunjugan ke Kedutaan Libya di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 28 Mac 2023. Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dengan misi diplomatik di Malaysia dan menyatakan minat untuk mendapatkan pelajar antarabangsa khususnya dari Libya. Telah menyambut ketibaaan beliau ialah Tuan Muhammad Al-Sadiq Attia, Duta Besar Libya di Malaysia. Dr Abdullah Al- Alarefi telah melahirkan rasa gembira dengan lawatan ini, seterusnya menjelaskan peranan Al Madinah International University (MEDIU) dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada semua pelajar dari rantau Arab, termasuklah pelajar dari Libya. Situasi ini lebih menyerlahkan aspirasi universiti untuk mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti di Libya. Beliau turut merujuk kepada jumlah graduan MEDIU dari Libya setakat ini ialah seramai 139 orang dan menyatakan hasrat universiti untuk meningkatkan jumlah tersebut pada masa akan datang.
Tuan Muhammad Al-Sadiq Attia mengucapkan terima kasih kepada Dr. Abdullah Alarefi di atas kunjungan tersebut. Beliau turut melahirkan rasa keyakinan terhadap Al Madinah International University (MEDIU) sebagai sebuah institusi pendidikan yang terkenal dengan keseimbangan sumbangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Beliau mengalu-alukan kerjasama dengan universiti dalam masa terdekat.Di akhir pertemuan, Dr Abdullah Alarefi menyampaikan cenderahati kenangan kepada Duta Besar Libya di Kuala Lumpur, Tuan Muhammad Al-Sadiq Attia. Turut mengiringi Dr Abdullah Alarefi dalam kunjungan ini ialah Pengarah Perhubungan Antarabangsa, Dr Elsayed Mohamed Salem Salem Elawadi.