Dalam usaha untuk memperkukuh hubungan universiti dengan institusi akademik yang berkaitan dengan pengajaran pengajian Islam dan sains pendidikan, Al-Madinah International University (MEDIU) yang diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, iaitu Dr. Abdullah bin Saad Alarefi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 1 September 2023 dengan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei (KUPU SB). KUPU SB telah diwakili oleh Naib Canselornya, iaitu Dr. Hajj Abang Hazmin bin Abang Haji Tah.
Pada awal pertemuan, Dr. Abang Hazmin bin Abang Haj Taha mengalu-alukan kedatangan Dr. Abdullah Alarefi lalu menjelaskan bentuk kerjasama yang ideal antara institusi-institusi akademik dengan cara yang menyumbang kepada penyelidikan ilmiah dan meningkatkan pengajaran bahasa Arab kepada penutur bukan bahasa Arab sebagai bahasa utama. Sebagai maklum balas, Dr. Abdullah Alarefi memuji usaha yang dilakukan oleh pelbagai institusi akademik. Di Brunei yang dipimpin oleh KUPU SB dalam pengajaran Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau juga turut menjelaskan tentang usaha MEDIU dalam bidang berkenaan dan turut berkongsi pengalaman dalam pendidikan di kampus dan dalam talian. Dr. Abdullah Alarefi turut mengalu-alukan kerjasama antara universiti-unviersiti di Brunei Darussalam dan jaringannya dari universiti-universiti Malaysia. Majlis MoU diakhiri dengan menandatangani perjanjian, dan saling bertukar cenderahati.