Mac 7, 2024

Menandatangani memorandum kerjasama antara Al-Madinah International University (MEDIU) dan Institut Agama Islam Negeri Syekh Nurjati, Cirebon, Indonesia

Dalam visi kerjasama dengan universiti antarabangsa, satu memorandum kerjasama telah ditandatangani antara Al-Madinah International University (MEDIU) dan Institut Agama Islam Negeri Syekh Nurjati, yang berpangkalan di Cirebon, Indonesia, pada 23 Februari 2024 di ibu pejabat MEDIU yang terletak di Kuala Lumpu, Malaysia. Majlis tersebut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Hj Sulaiman, Timbalan Ketua Eksekutif bagi Hal Ehwal Akademik Al-Madinah International University  dan sebuah delegasi dari Institut Agama Islam Negeri Syekh Nurjati yang diketuai oleh Dr. Rijal Mahdi, Ketua Hal Ehwal Akademik, dan beberapa pensyarah.

Pada awal pertemuan, Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Hj Sulaiman telah mengalu-alukan kehadiran  delegasi dan menyatakan  harapan agar perjanjian ini akan menjadi asas untuk lebih banyak kerjasama antara kedua-dua universiti. Dr. Rijal Mahdi menyatakan kegembiraannya atas penandatangan perjanjian itu sambil menekankan peranan Al-Madinah International University dalam pelbagai peringkat penhajian. Di akhir pertemuan para hadirin telah bergambar kenangan dan bertukar-tukar cenderahati.