Kunjungan Delegasi Al-Madinah International University (MEDIU) ke ibu pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Kuala Lumpur pada 13 Jun 2024. Delegasi yang diketua oleh Prof. Madya Dr. Wan Mat Sulaiman, Timbalan Ketua Eksekutif MEDIU yang diiringi oleh Fuad Ahmad Umar dan Jamaluddin Hussain turut mengadakan perbincangan bersama Tuan Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin, Presiden ABIM dan Tuan Muhamad Aliemran Norashid, Setiausaha Agung ABIM.