Universiti Antarabangsa Al-Madinah di Kuala Lumpur mengumumkan bahawa ia kini diiktiraf secara rasmi sebagai pusat bertauliah untuk melaksanakan Ujian “Hamzah”, iaitu ujian penilaian kecekapan Bahasa Arab bagi bukan penutur asli, dengan kerjasama Majma‘ Al-Malik Salman al-‘Alami li al-Lughah al-‘Arabiyyah.
Pada hari Rabu, 26 November 2025, universiti telah melaksanakan kumpulan pertama calon ujian, yang disaksikan oleh wakil-wakil dari Majma‘ Al-Malik Salman. Mereka memantau proses pelaksanaan ujian serta menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti dan tenaga kerja profesional universiti mengikut piawaian tertinggi yang ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif universiti, Yang Berbahagia Asst. Prof. TS. Dr. Ammar Bathich, menyatakan rasa bangganya atas pencapaian ini. Beliau menegaskan bahawa pengiktirafan Universiti Antarabangsa Al-Madinah sebagai pusat rasmi Ujian “Hamzah” merupakan langkah penting dalam menyokong dan menyebarkan bahasa Arab kepada bukan penutur di Malaysia dan rantau ini.
Beliau turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh majma‘ kepada universiti, sambil menekankan komitmen universiti untuk menyediakan persekitaran ujian yang profesional, teliti, dan adil kepada semua calon.
Pada akhir acara, para wakil majma‘ menyampaikan penghargaan mereka terhadap usaha cemerlang universiti, memuji tahap penganjuran serta mutu perkhidmatan yang disediakan kepada para peserta ujian.