Mac 31, 2022

Pengambilan Sesi April 2022 Kini Dibuka!

Dekan Kemasukan dan Pendaftaran Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) mengumumkan pembukaan kemasukan untuk program Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran/PhD bagi pengambilan April 2022 dengan syarat pembayaran seperti di bawah:

 

Pembayaran Penuh Yuran Pengajian

Diskaun 30% ditawarkan kepada pelajar yang membuat pembayaran penuh yuran pengajian sepanjang tempoh pendaftaran semester pertama.

 

Pembayaran Yuran Semester

Pelajar boleh membuat pembayaran yuran pengajian pada semester tersebut untuk proses pendaftaran dan layak mendapat potongan diskaun berdasarkan tarikh pembayaran seperti berikut:

  1. Potongan 25%dari kadar penuh yuran semester (pada setiap semester) ditawarkan kepada mereka yang dapat melengkapkan proses pendaftaran sebelum tamat tempoh pendaftaran mengikut kalendar akademik.
  2. Potongan 20%dari kadar penuh yuran semester (pada setiap semester) ditawarkan kepada mereka yang dapat melengkapkan proses pendaftaran setelah tamat tempoh pendaftaran, dan menambah gugur subjek mengikut kalendar akademik.
  3. Potongan 15%dari kadar penuh yuran semester penuh ditawarkan kepada pelajar yang menyelesaikan proses pendaftaran setelah tamat tempoh pendaftaran, dan setelah tamat tempoh menambah gugur subjek mengikut kalendar akademik.

 

Pembayaran Separa untuk Semester Pertama

Pelajar boleh membayar sebahagian daripada yuran pengajian semester pertama berjumlah ‘Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1,000)’ untuk proses pendaftaran semester pertama tanpa sebarang potongan diskaun, dengan syarat menyelesaikan yuran pengajian semester sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

 

  • Klik di pautan untuk ‘Permohonan secara Dalam Taliam’:

http://online.mediu.edu.my/applicantportal/OnlineApplicationForm/OnlineApplication

  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai proses permohonan, boleh menghubungi pihak MEDIU melalui:

https://api.whatsapp.com/send?phone=0060182666170

  • Untuk maklumat lanjut mengenai program akademik yang ditawarkan:

https://www.mediu.edu.my/akademik/?lang=ms

 

Diskaun ini tidak terpakai untuk yuran program kursus jangkapendek (Bahasa Arab atau Inggeris), Program Asasi, atau subjek pra-syarat untuk kemasukan bersyarat ke program Sarjana dan Ph.D.

 

Semoga Berjaya!