November 21, 2021

Artikel-Pusat Bantuan & Tindakan Kemanusiaan Raja Salman menguruskan pembayaran yuran kepada pelajar yang memerlukan di Universiti Antarabangsa Al-Madinah di Malaysia. (Sabq Online 19/11/2021)

19 November 2021-Pusat Bantuan & Tindakan Kemanusiaan Raja Salman menandatangani memorandum untuk menguruskan pembayaran yuran kepada pelajar yang memerlukan di Universiti Antarabangsa Al-Madinah di Malaysia.

Memorandum itu ditandatangani diantara Penolong Penyelia Am Pusat Operasi dan Program, Jurutera Ahmed bin Ali Al-Baiz dan Prof. Dr. Abdullah Saad Abdul Aziz Al-Arifi, Ahli Lembaga Pengarah Al-Madinah International Universiti di Malaysia, di ibu pejabat pusat itu di Riyadh.

Di bawah memorandum itu, pihak universiti akan di bantu di dalam pengurusan pembayaran yuran kewangan kepada pelajar yang memerlukan yang terjejas yang mengakibatkan kesukaran bagi pelajar untuk menerima dokumen tamat pengajian mereka.

Ini adalah dalam rangka usaha kemanusiaan yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi, yang diwakili oleh Pusat Bantuan & Tindakan Kemanusiaan Raja Salman untuk semua sektor penting, termasuk sektor pendidikan di semua negara di dunia yang terjejas akibat krisis kemanusiaan.

Pautan artikel: https://sabq.org/7YLWQK