Mac 7, 2024

CEO Universiti Antarabangsa Al-Madinah melawat Universiti Pengurusan dan Teknologi Kemboja di Phnom Penh

Atas jemputan rasmi, Dr. Abdullah Saad A. Alarefi, Ketua Eksekutif, Al-Madinah International University (MEDIU) telah melawat Universiti Pengurusan dan Teknologi Kemboja di ibu negara Kemboja, Phnom Penh. Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan perjanjian yang telah dimeterai oleh universiti tersebut dengan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman dan Universiti Pengurusan dan Teknologi Kemboja. Dr. Abdullah Saad A. Alarefi dan delegasinya telah disambut oleh Dr. Muhammad Hussein Farid, Ketua Eksekutif, Universiti Pengurusan dan Teknologi Kemboja, serta beberapa ahli Lembaga Pengarah. Dr. Muhammad Hussein Farid melahirkan rasa gembira atas lawatan tersebut dan aspirasinya untuk mengukuhkan kerjasama dan perkongsian dengan Al-Madinah International University (MEDIU) di Malaysia dan mendapatkan manfaat daripada kepakaran universiti tersebut. Dr. Abdullah Saad A. Alarefi mengucapkan terima kasih kepada Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman atas sokongan mereka terhadap Universiti Pengurusan dan Teknologi Kemboja.

Semasa lawatan ini, aspek kerjasama dalam bidang pentadbiran, kewangan, akademik dan projek penyelidikan antara kedua-dua universiti dibincangkan. Dr. Abdullah Saad A. Alarefi juga memuji usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Arab Saudi, yang diwakili Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman dan berharap Universiti Pengurusan dan Teknologi Kemboja dapat memainkan peranannya dalam menyebarkan ilmu dan pengetahuan serta menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Kerajaan Kemboja dan rakyatnya yang dikasihi.

Kunjungan Dr. Abdullah Saad A. Alarefi telah diiringi dalam oleh Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Hj Sulaiman, Timbalan Ketua Eksekutif bagi Hal Ehwal Akademik, dan Encik Awad Abdalgadir Awad Hamid, Pengurus Kewangan Universiti. Di akhir lawatan, Dr. Muhammad Hussein Farid menyampaikan hadiah berupa lambang universiti kepada  delegasi yang hadir dan bergambar kenangan.