YBhg. Dr. Abdullah Saad A. Alarefi telah menerima kunjungan delegasi Alumni Universiti Arab Saudi Malaysia di pejabat beliau pada 8 Ogos 2023. Delegasi Alumni Universiti Arab Saudi Malaysia (WASIM) telah diwakili oleh Encik Ahmad Hashmi bin Che Pa, Presiden, Encik Hakim bin Zainal, Setiausaha Agung dan Encik Sham Al-Hakim bin Abdul Samad, Timbalan Setiausaha. Dr Abdullah A. Alarefi mengalu-alukan kedatangan delegasi dan melahirkan rasa gembira dengan kunjungan ini serta memuji biasiswa yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi, melalui Kementerian Pendidikan Arab Saudi kepada mahasiswa Malaysia untuk menuntut ilmu di universiti Arab Saudi. Beliau juga turut memuji peranan persatuan itu dalam mengeratkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua rakyat.
Dr Abdullah A. Alarefi turut menyatakan kesediaan Al-Madinah International University (MEDIU) untuk memberikan sokongan dan kemudahan kepada Persatuan di Malaysia dan membantu graduan universiti Saudi di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sini. Seterusnya mewakili WASIM, Encik Ahmad Hashemi telah memberi penjelasan tentang peranan persatuan dan memuji peranan penting yang dimainkan oleh Universiti di negara-negara dunia Islam khususnya Malaysia dan mengharapkan kerjasama dalam masa terdekat.