Alhamdulillah, MEDIU berpeluang bertemu dengan seorang tokoh pendidikan yang sangat memberi inspirasi hari ini, Dr. Hussain Abdeen, Pengetua merangkap Ketua Delegasi daripada Greenview Islamic International School (GIIS).
Pertemuan ini berlangsung dalam suasana yang positif dan penuh semangat. Kedua-dua pihak saling bertukar pandangan, membina persefahaman, serta berbincang tentang potensi kerjasama strategik antara MEDIU dan GIIS, khususnya dalam bidang akademik, pembangunan pelajar dan pertukaran ilmu.
Dr. Hussain berkongsi pandangan yang bernas dan menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha memperkukuh pendidikan Islam bertaraf antarabangsa.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Hussain atas lawatan yang penuh bermakna ini. Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang bermanfaat dan berimpak tinggi, insya-Allah.
Bersama, kita membina masa depan pendidikan Islam yang lebih cemerlang.