Februari 9, 2024

Delegasi dari Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman mengunjungi Al-Madinah International University (MEDIU) untuk menandatangani memorandum kerjasama.

Dalam langkah memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dalam bidang bantuan dan pembangunan kemanusiaan, sebuah delegasi dari Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman di Arab Saudi telah berkunjung ke Al-Madinah International University (MEDIU) di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 6 Februari 2024, untuk menandatangani memorandum kerjasama bagi menyokong usaha untuk menyelesaikan hutang Universiti Pengurusan dan Teknologi Cambodia. Delegasi tersebut telah bertemu  Dr. Abdullah Saad A. Alarefi, Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU) dan pihak pengurusan tertinggi universiti.

Ketua Eksekutif MEDIU telah memuji usaha yang berbentuk bantuan kemanusiaan  Arab Saudi dan kepimpinannya yang  bijaksana dalam menyokong negara dan masyarakat yang memerlukan. Bagi pihaknya, Tuan Abdullah Al-Misfer dari Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman menyatakan kepentingan kerjasama dengan Al-Madinah International University (MEDIU) dan peranannya sebagai institusi akademik terkemuka yang berusaha meningkatkan kerjasama untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan. Seterusnya satu memorandum kerjasama telah ditandatangani di antara mereka.

Pada akhir pertemuan, Dr. Abdullah Saad A. Alarefi telah menyampaikan cenderamata kepada delegasi yang berkunjung sebagai penghargaan atas usaha mereka di seluruh dunia.