Alhamdulillah, pada 31 Julai 2025, delegasi daripada Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diketuai oleh Penolong Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Hjh. Fatimah binti Dato Ahmad telah mengadakan lawatan rasmi ke Britannia Language Centre. Ketibaan delegasi kami telah disambut dengan penuh mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik Abdikarim Sheikh serta barisan pengurusan kanan pusat berkenaan.
Sesi perbincangan yang diadakan telah membuka ruang kepada pelbagai potensi kerjasama strategik, khususnya dalam bidang pembelajaran dan penguasaan bahasa. Kedua-dua pihak turut berkongsi aspirasi untuk memperkukuh kualiti pendidikan bahasa yang selari dengan keperluan semasa industri dan pelajar.
Pertemuan ini menandakan langkah awal ke arah menjalin kerjasama yang lebih erat antara MEDIU dan Britannia Language Centre. MEDIU amat berbesar hati dan bersedia untuk meneroka peluang kolaborasi yang mampu memberikan manfaat bersama, terutamanya dalam memperluas akses pembelajaran berkualiti tinggi.
Peluang seperti ini amat berharga dan harus dimanfaatkan sepenuhnya demi kecemerlangan pendidikan. Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.