Bagi membendung impak ekonomi masyarakat pasca pandemik Covid-19, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah merangka pembayaran yuran pengajian untuk pengambilan kemasukan pelajar baru bagi Sesi November 2020, seperti di bawah:
A. Pembayaran Penuh Yuran Pengajian
Diskaun 30% ditawarkan kepada pelajar yang membuat pembayaran penuh yuran pengajian sepanjang tempoh pendaftaran semester pertama.
B. Pembayaran Yuran Semester
Pelajar boleh membuat pembayaran yuran pengajian pada semester tersebut untuk proses pendaftaran dan layak mendapat potongan diskaun berdasarkan tarikh pembayaran seperti berikut:
1. Potongan 25% dari kadar penuh yuran semester (pada setiap semester) ditawarkan kepada mereka yang dapat melengkapkan proses pendaftaran sebelum tamat tempoh pendaftaran mengikut kalendar akademik.
2. Potongan 20% dari kadar penuh yuran semester (pada setiap semester) ditawarkan kepada mereka yang dapat melengkapkan proses pendaftaran setelah tamat tempoh pendaftaran, dan menambah gugur subjek mengikut kalendar akademik.
3. Potongan 15% dari kadar penuh yuran semester penuh ditawarkan kepada pelajar yang menyelesaikan proses pendaftaran setelah tamat tempoh pendaftaran, dan setelah tamat tempoh menambah gugur subjek mengikut kalendar akademik.
C. Pembayaran Separa untuk Semester Pertama
Pelajar boleh membayar sebahagian daripada yuran pengajian semester pertama berjumlah ‘Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1,000)’ untuk proses pendaftaran semester pertama tanpa sebarang potongan diskaun, dengan syarat menyelesaikan yuran pengajian semester sebelum peperiksaan akhir semester bermula.
http://online.mediu.edu.my/applicantportal/OnlineApplicationForm/OnlineApplication
https://api.whatsapp.com/send?phone=0060182666170
https://www.mediu.edu.my/academics/
Semoga Berjaya!