Bagi membendung impak ekonomi masyarakat pasca pandemik Covid-19 bagi tahun 2021, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah merangka pembayaran yuran pengajian untuk pengambilan pelajar baru di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Bachelor), Ijazah Sarjana (Master), dan Ijazah Kedoktoran (PhD) bagi sesi kemasukan Februari 2021, seperti di bawah:
A. Pembayaran Penuh Yuran Pengajian
Diskaun 30% ditawarkan kepada pelajar yang membuat pembayaran penuh yuran pengajian sepanjang tempoh pendaftaran semester pertama.
B. Pembayaran Yuran Semester
Pelajar boleh membuat pembayaran yuran pengajian pada semester tersebut untuk proses pendaftaran dan layak mendapat potongan diskaun berdasarkan tarikh pembayaran seperti berikut:
C. Pembayaran Separa untuk Semester Pertama
Pelajar boleh membayar sebahagian daripada yuran pengajian semester pertama berjumlah ‘Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1,000)’ untuk proses pendaftaran semester pertama tanpa sebarang potongan diskaun, dengan syarat menyelesaikan yuran pengajian semester sebelum peperiksaan akhir semester bermula.
http://online.mediu.edu.my/applicantportal/OnlineApplicationForm/OnlineApplication
https://api.whatsapp.com/send?phone=0060182666170
https://www.mediu.edu.my/academics/
Semoga Berjaya!