Untuk memperkasakan pengetahuan para pelajar tentang sistem, peraturan dan etika di AL-Madinah International University (MEDIU), Dekan Hal Ehwal Pelajar di kampus utama (Desa Petaling, Kuala Lumpur) telah mengadakan Hari Orientasi Mahasiswa Baru secara bersemuka pada hari Selasa bersamaan dengan 17 Oktober 2023 yang juga dihadiri oleh dekan-dekan dan ketua-ketua jabatan universiti.
Timbalan Ketua Eksekutif telah menyempurnakan majlis pembukaan Hari Orientasi dengan menyambut para pelajar dan mendoakan kejayaan mereka dalam semasa belajar di universiti ini. Beliau menegaskan kepada para pelajar bahawasanya seluruh kakitangan di MEDIU amat berbesar hati dan bersedia untuk membantu mereka dalam menamatkan pembelajaran dengan pengalaman akademik terhebat di sepanjang pembelajaran mereka di MEDIU.
Acara ini juga diisi dengan pelbagai taklimat dalam menyentuh peraturan dan polisi universiti, bagaimana hendak menggunakan portal universiti untuk mengisi borang, menghantar tugasan kuliah, cara-cara membayar yuran dan cara-cara menggunakan perpustakaan digital dan fizikal.
Hari Orientasi yang meriah ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama-sama dengan semua warga MEDIU yang terdiri daripada kakitangan mahasiswa.