Pihak universiti telah mengadakan Hari Pengiktirafan bagi Kakitangan Akademik MEDIU sebagai ungkapan terima kasih terhadap dedikasi seluruh pensyarah fakulti untuk tahun 2020 pada hari Khamis, 31 Disember 2020. Penghargaan tersebut meliputi semua fakulti pengajian di MEDIU iaitu Fakulti Sains Islam (FIS), Fakulti Kewangan dan Sains Pentadbiran (FFAS), Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT), Fakulti Pendidikan (FEDU), Fakulti Bahasa (FLAN), Fakulti Kejuruteraan (FENG) dan Pusat Pengajian Persediaan dan Bahasa (CPSL).
Sesi penyerahan penghargaan dilaksanakan oleh Ketua Eksektif (KE) MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan disaksikan oleh Pemangku Timbalan KE Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan KE Hal Ehwal Pelajar; Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou dan Encik Ahmad Sabri bin Jinlapudin; Ketua Pegawai Kewangan. Wakil fakulti yang hadir bagi sesi tersebut adalah Prof. Madya Dr. Fouad Bounama (FIS), Prof. Madya Dr. Najeeb Abbas Al-Sammarraie (FCIT), Prof. Madya Dr. Ayman Aied Mohammed Mamdouh (FEDU), Prof. Madya Dr. Mazen Mohammed Farea (FFAS), Prof. Madya Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed (FLAN).
Program tersebut berjalan dengan lancar sesuai dengan SOP sedia ada dengan keadaan pandemik semasa yang telah dinasihatkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.