Jun 1, 2020

Juadah Eidulfitri untuk Pelajar MEDIU

Al-Madinah International University (MEDIU) berkesempatan menyediakan juadah Eidulfitri untuk lima puluh pelajar tempatan dan antarabangsa pada 24 Mei 2020 (1 Syawwal 1441), bagi mereka yang tinggal berhampiran universiti di sekitar kawasan Desa Petaling.

Edaran juadah tersebut bagi menyemarakkan semangat perayaan Eidulfitri yang melambangkan perpaduan masyarakat serta bagi meringankan beban para pelajar yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dalam masyarakat berbilang budaya, kita perlu menanamkan nilai-nilai persaudaraan, toleransi, kedamaian, kasih sayang dan perpaduan diantara para pelajar.

Program edaran ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar MEDIU di bawah pengawasan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr.Bey Zekkoub Abdelali bersama waki-wakil pensyarah universiti.

Para pelajar menyatakan kegembiraan di atas sumbangan juadah yang diterima dan mengambil kesempatan mengucapkan “Eid Mubarak & Taqabbal Allahu minna wa minkum” kepada semua muslimin dan muslimat.