Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah merangka pembayaran yuran pengajian untuk pengambilan pelajar baru di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Bachelor), Ijazah Sarjana (Master), dan Ijazah Kedoktoran (PhD) bagi sesi kemasukan September 2025, seperti di bawah:
Pertama: Bayaran Penuh:
Pelajar akan mendapat diskaun sebanyak 20% sekiranya membuat bayaran penuh yuran program dalam tempoh semester pertama.
Kedua: Bayaran Sebahagian/Ansuran:
Pelajar yang ingin membayar yuran program secara berasaskan semester akan mendapat diskaun sebanyak 20% daripada yuran semester pertama.
Pelajar akan mendapat diskaun sebanyak 10% daripada yuran semester-semester berikutnya, dengan syarat pelajar menyelesaikan bayaran yuran semester dan pendaftaran dalam tempoh pendaftaran.
Bayaran Sebahagian untuk Semester Pertama bagi Pelajar Atas Talian:
Pelajar mod dalam talian boleh membayar sebahagian daripada yuran pengajian semester pertama berjumlah ‘Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1,000)’ untuk proses pendaftaran semester pertama tanpa sebarang potongan diskaun, dengan syarat menyelesaikan yuran pengajian semester sebelum peperiksaan akhir semester bermula.
On Campus Application:
http://online.mediu.edu.my/applicantportal/OncampusApplicationForm/OncampusApplication
Online Application:
http://online.mediu.edu.my/applicantportal/OnlineApplicationForm/OnlineApplication
Untuk sebarang pertanyaan mengenai proses permohonan, boleh menghubungi pihak MEDIU melalui:
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182266286
Untuk maklumat lanjut mengenai program akademik yang ditawarkan:
https://www.mediu.edu.my/search-programs/?lang=ms
Diskaun ini tidak terpakai untuk yuran program kursus jangkapendek (Bahasa Arab atau Inggeris), Program Asasi, atau subjek pra-syarat untuk kemasukan bersyarat ke program Sarjana dan Ph.D.
Semoga Berjaya!