Pada hari Rabu, 9 Ogos 2023, Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Dr. Abdullah Saad A. Alarefi, telah mengadakan lawatan ke Kedutaan Oman di Kuala Lumpur. Beliau telah bertemu YBhg. Kaunselor Muhammad Najeeb Al-Balushi, Timbalan Ketua Misi Diplomatik. Kedua-dua pihak membincangkan kaedah kerjasama di antara Al-Madinah International University (MEDIU) dan Kementerian Pengajian Tinggi, Penyelidikan dan Inovasi Oman. Dr. Abdullah Saad A. Alarefi telah membentangkan berhubung pencapaian Al-Madinah International University (MEDIU) masa kini berkaitan akreditasi antarabangsa untuk program Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD).
Beliau turut menjelaskan tentang kesungguhan universiti untuk menyediakan kepada mahasiswanya dengan semua pengetahuan dan kepakaran untuk membolehkan mereka cemerlang dalam pasaran kerja. Dr. Abdullah Saad A. Alarefi juga menjelaskan tentang penyediaan semua kemudahan kepada pelajar Oman. Bagi pihak Kedutaan Oman, Kaunselor Muhammad Al Balushi mengucapkan terima kasih kepada universiti atas peranan yang berkesan dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelajar Oman. Beliau turut mengalu-alukan kerjasama di antara kedua-dua pihak. Pertemuan diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan sesi begambar kenangan.