Bagi memenuhi satu undangan rasmi, Dr. Abdullah Alarefi telah menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen yang ke-13 bagi mahasiswa/i Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Kesultanan Brunei Darussalam, di bawah naungan dan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei. Darussalam, pada hari Rabu, 30 Ogos 2023.
Majlis tersebut mempertontonkan penganugerahan ijazah kepada para graduan universiti dengan kehadiran oleh beberapa rektor universiti di Kesultanan Brunei dan dari luar negara, di samping beberapa tokoh masyarakat dan media. Dalam majlis tersebut, Dr. Abdullah Alarefi selaku Ketua Eksekutif Al-Madinah International University, telah menemui Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan baginda telah menzahirkan ucapan terima kasih kerana telah menerima undangan berkunjung ke Brunei dan menghadiri majlis konvokesyen serta mengalu-alukannya.
Dr. Abdullah Alarefi telah membalasnya dengan ucapan doa supaya Brunei menjadi lebih maju dan sejahtera, terutamanya untuk Kesultanan Brunei. Dr. Abdullah Alarefi turut menemui YBhg. Sheikh Abdul Aziz bin Junaid, Mufti Besar Kesultanan Brunei merangkap Menteri Hal Ehwal Ugama Kesultanan Brunei, Rektor Pendidikan Agama Universiti Sri Begawan, Dr. Haji Adnan dan beberapa rektor universiti-universiti antarabangsa yang turut menghadiri majlis tersebut yang turut membincangkan cara kerjasama diantara universiti dan berkaitan pengajaran bahasa Arab.
Seterusnya Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam dengan diiringi oleh tokoh-tokoh masyarakat.