Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima kunjungan daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan-PPZ-(MAIWP) pada hari Rabu, 29 Julai 2020. Delegasi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff yang diiringi oleh wakil-wakilnya iaitu Tuan Haji Khairul Azhar Samsudin, Penolong Pengurus Besar Unit Dakwah; Ustaz Ahmad Husni bin Abd Rahman, Pengurus Unit Shariah; Encik Mohd Azman Sulaiman, Pengurus Unit Dakwah Swasta; Encik Muhammad Arif bin Zainuddin, Eksekutif Zakat Unit Dakwah Swasta dan Encik Mohd. Yasir Ibrahim dari Unit Dakwah Zakat Perniagaan.
Kunjungan tersebut bertujuan membina hubungan dengan pihak universiti serta menyampaikan tazkirah ke arah meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kewajipan berzakat kepada kakitangan MEDIU oleh Ustaz Ahmad Husni bin Abd Rahman.
Delegasi PPZ-MAIWP disambut oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman diiringi Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik; Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Encik Ahmad Fallatah, Ketua Perhubungan Antarabangsa dan Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff, Pendaftar MEDIU.