Julai 18, 2025

Kunjungan Hormat oleh Penasihat Parlimen Belia Malaysia (PBMy)

 

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) berbesar hati menerima kunjungan daripada YBrs. Ts. Khairul Anuar bin Ishak, Penasihat Parlimen Belia Malaysia (PBMy) merangkap Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama antara MEDIU dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, khususnya dalam mewujudkan laluan akademik daripada peringkat Diploma ke Ijazah Sarjana Muda.

Perbincangan turut menekankan kepentingan membina hubungan strategik antara kedua-dua institusi dalam usaha memperluas peluang pendidikan yang mampan dan berkualiti tinggi.

MEDIU mengalu-alukan kerjasama bermakna demi manfaat pelajar dan komuniti pendidikan secara keseluruhan.