Mac 11, 2020

Kunjungan ke Pejabat Liga Muslim Sedunia Malaysia

Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Liga Muslim Sedunia Malaysia di Putrajaya pada hari Selasa, 10 Mac 2020. Dalam lawatan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan bersama khususnya perkara membabitkan kerjasama dakwah dan ilmiah antara Rabitah dan MEDIU.

Prof. Madya Dr Fadlan telah menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga diatas penerimaan beliau sebagai tetamu oleh Al-Fadhil Dr Saeed Al-Hazimi, Pengurus Pejabat Liga Muslim Sedunia Malaysia. Turut bersama mengiringi Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU) ialah Ketua Perhubungan Antarabangsa MEDIU, Encik Ahmad Fallatah.

Liga Muslim Sedunia (https://themwl.org/en)  merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpusat di Makkah, Arab Saudi yang diwujudkan dengan tujuan untuk pencerahan dan menyampaikan maklumat yang sebenar tentang Agama Islam dan ajaran Islam dengan menampilkan nilai-nilai kesederhanaan atau ‘wasatiyyah’ yang lebih mementingkan keamanan, kerjasama dan kecintaaan. Semenjak penubuhannya pada tahun 1962, NGO ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi.