Mac 9, 2020

Kunjungan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Al-Madinah International University(MEDIU) melawat pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 4 Mac 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman diiringi Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou; Pendaftar, Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff; Ketua Perhubungan Antarabangsa, Encik Ahmad Fallatah dan Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Encik Jamaluddin Hussain.

Kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan cara untuk mengukuhkan kerjasama yang berpotensi ke arah pembangunan bidang pendidikan Islam. Prof Madya Dr. Fadlan Mohd Othman menyatakan kegembiraannya mengunjungi Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan memberi taklimat tentang penubuhan dan latar belakang MEDIU.