Delegasi Al-Madinah International University (MEDIU) telah berkunjung ke Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada hari Ahad, 23 Februari 2020. Delegasi MEDIU yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman, Ketua Eksekutif MEDIU telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) YIK, YBhg Tuan Hj Che Kamaruddin Kamel bin Che Muhammad dan pegawai-pegawai kanan YIK.
Lawatan tersebut juga dihadiri oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam; Prof. Madya Dr. Fouad Bounama, Ketua Perhubungan Awam MEDIU; Ustaz Jamaluddin Hussain, Pen. Prof. Dr Sami Samir Abdelfattah; Ketua Jabatan Pembangunan Kurikulum Fakulti Pengajian Islam dan Ustaz Termize Jahar, Graduan MEDIU.
Satu sesi pendaftaran terbuka bagi kemasukan Februari 2020 juga telah diadakan di ruang Masjid Al-Karamah, Baung Besar, Kota Bharu pada hari Sabtu, 22 Februari 2020.