Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan delegasi Lembaga Zakat Selangor yang diketuai oleh Y.Bhg En. Zainuddin Johari, Ketua Jabatan Pengurusan Agensi pada hari Khamis, 10 September 2020. Beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah berkaitan pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar.
Pihak MEDIU telah diwakili oleh Encik Fuad Ahmad bin Umar Al As, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan; Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff dari Jabatan Pendaftar; Puan Zuraidah Othman dari Jabatan Kewangan dan Encik Jamaluddin Hussainm Ketua Perhubungan Awam pada sesi perbincangan tersebut.