Oktober 2, 2020

Kunjungan Hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Universiti Antarabangsa Al-Madinah(MEDIU) telah berkunjung ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Dr. Luqman Haji Abdullah di Putrajaya pada hari Khamis, 1 Oktober 2020. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan telah diiringi oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou; Pendaftar, Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff dan Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Encik Jamaluddin Hussain.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai latar belakang MEDIU dan juga untuk memperkukuhkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak ke arah pembangunan pembangunan terutama di bidang pendidikan Islam.