Februari 25, 2020

Kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia

Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia, Hajjah Azzah Asad pada hari Selasa, 18 Februari 2020 bertujuan bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di antara MEDIU dan Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia, atau lebih dikenali dengan nama Mahabbah Malaysia.

Pertemuan bersama Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Othman ini juga telah membincangkan beberapa perkara yang membabitkan kerjasama kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Turut serta pada pertemuan tersebut ialah Ketua Jabatan Perhubungan Awam MEDIU, Encik Jamaluddin Hussain.

Sebelum ini beberapa siri program kemasyarakat diantara MEDIU dan Mahabbah Malaysia telah dilaksanakan khusus membantu masyarakat di pedalaman Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Borneo. MEDIU dan Mahabbah Malaysia juga pernah bekerjasama dalam program kemanusiaan di Benua Afrika.