September 30, 2020

Kunjungan ke YES International College

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengunjungi ke YES International College, Kuala Lumpur pada hari Isnin, 21 September 2020 dalam rangka lawatan bagi membincangkan pembangunan pendidikan dan kerjasama dua hala diantara kedua-dua buah institusi.

Perwakilan MEDIU diketuai oleh Ketua Eksekutif(KE) Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd. Othman dan turut disertai Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan KE Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Pemangku Timbalan KE Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Turut mengiringi pada sesi lawatan tersebut adalah Pendaftar, Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff dan Ketua Perhubungan Antarabangsa, Encik Ahmad Fallatah.