Disember 10, 2020

Kursus Pendek: Usul Al-Tafsir

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini mengadakan kursus pendek ‘Usul Al-Tafsir’ pada hari Sabtu, 28 November 2020. Ini merupakan kursus ketiga yang dikelolai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman melalui aplikasi maya ‘Zoom’ dan dilaksanakan sesuai untuk difahami oleh masyarakat umum.

Kursus ini telah menarik hampir 47 penyertaan peserta di beberapa buah negara di Asia Tenggara dimana objektif utama kursus adalah untuk memberi gambaran umum mengenai sains, yang berkaitan dengan asas dan prinsip tafsiran al-Quran. Kursus ini berdasarkan buku ‘Dasar Utama Usul Tafsir’ yang diterjemahkan oleh Dr. Fadlan Mohd Othman dari ‘Usool fee Tafseer’ oleh Shaykh Muhammad bin Salih al-‘Uthaymeen.