Jun 26, 2025

Lawatan Delegasi Madrasah Aliyah Negeri 2 Kota Bima, Indonesia ke MEDIU

 

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dengan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Madrasah Aliyah Negeri 2 Kota Bima, Indonesia. Lawatan ini diketuai oleh Pengetua madrasah, Hjh. Muslihah, dan disambut oleh Naib Canselor MEDIU, Dato Dr. Alhazmi Saeed Nowifea S.

Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk potensi kerjasama serta perkongsian idea dalam bidang pendidikan tinggi. Kedua-dua pihak turut berbincang tentang bagaimana MEDIU dapat menyumbang dalam pembangunan akademik dan menyokong keperluan pendidikan di madrasah tersebut.

Alhamdulillah, sesi perbincangan ini membuka ruang untuk jalinan ukhuwah dan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.